June 26, 2011

Orang Ketiga

 Assalamualaikum,

Tetiba terfikir nak up entry pasal orang ketiga.
sapa orang ketiga?

Aku lah tu..Akulah kot..
Entahlah..aku pun taktau mana datang idea aku ni orang ketiga.

Haip..Haip..bukan orang ketiga dalam bercinta..
takda makna aku nak rampas orang punya..
orang ketiga dalam hubungan kawan?

cam mana boleh jadi orang ketiga?
meh aku nak story,2 cerita yang aku kena.

First Story

Aku kawan dengan kawan aku,panggil dia A lah..karang ada lak anggap aku nak buka aib dia.
A ni sure lah perempuan.Kira best friend aku lah dulu.
kenapa dulu?
ni nak cerita...
Kitaorang start rapat since 1 kelas waktu form 3,dan teruskan hubungan rapat tu sampai form 4.
waktu tu semua okay,even dia couple dengan senior time tu..aku tak kesah sangat pasal benda camni.
cuma setiap kali dorang dating,aku akan ada..
ye la,takkan nak bagi lepak berdua kan,
aku ni kawan,kena jugak take care pasal kawan aku..

aku memang sedia maklum,yang aku ni tak berapa disukai pakwe A ni,
tapi aku buat derk je,malas nak fikir.
tapi sejak bulan februari 2010,dia start jauhkan diri.
aku tak fikir apa time tu,aku tunggu apa dia nak buat,
tak silap aku bulan mac tu,aku nampak dia cam guna bahasa isyarat dengan member aku lagi sorang,
time tu tak payah cerita lah aku punya bengang,

last-last dia cerita jugak yang pakwe dia tak kasi aku rapat dengan dia.
contoh : duduk sebelah-sebelah,borak,lepak petang-petang,
aku yang dengar agak-agak rasa apa?
pergh!giler tak panas hati aku time tu,

kenapa aku perlu panas hati?
sebab aku bestfriend dia,
sebab aku percaya dia.
sebab aku sayang dia!

aku marah sebab dia lebih pentingkan pakwe dia dari aku,bestfriend dia..
PAKWE weyh!
in fact,dia kenal dan rapat dengan aku dulu baru kenal pakwe dia..
memang rasa terkilan sangat..sampai macam tu sekali rendah dan bawahnya aku dalam hidup dia.

walaupun benda tu dah setahun berlalu,kesan tu ada lagi dalam diri aku,
kalau ada yang kenal aku cakap,maafkan dia..aku dah maafkan cuma susah untuk aku terima dan percaya dia macam dulu.
cukuplah sekali je benda ni jadi.

Second Story,

Baru tahun ni jadi,yang ni cite pasal bestfriend lelaki aku,pun pasal couple.
dulu dia pernah couple.,tapi still mesej aku selalu..
cuma sekarang bila ada awek baru,langsung..LANGSUNG!takda mesej dari dia.

kalau aku mesej pun,2 3 jam baru balas..tak ke hampeh tu
aku taktau lah kenapa dia jadi camtu,
nak kata busy,dulu pun busy jugak..
nak kata dah ada awek,dulu pun ada je awek..

serius,bestfriend dia semua terasa hati..aku apatah lagi,sebab aku paling rapat dengan dia..

aku geram bila dah susah baru nak ingat kawan,
aku sakit hati bila dah putus dengan couple baru teringat ada bestfriend..
aku sedih bila aku perlukan dorang,dorang takda..
aku marah bila dorang lebih pentingkan couple dari kawan..dari bestfriend!

Mana letak title best friend dalam hati dia?
Mana letak title best friend dalam hati korang?
Mana letak title best friend bila korang sedih?
Mana letak title best friend bila korang gembira?

Tolonglah jawab!sebab aku dah takda hati dah ni..
takda hati nak jadi kawan macam dulu.

PENTING SANGAT ke pakwe dengan awek korang sampai lupa kawan???
cuba jawab bagi aku yang takda pakwe ni sedar apalah harga pakwe tu sebenarnya!

story line for my life

11 comments:

i'm ezza haniza said...

orang takkan kawan dgn kita kalau takde hidden meaning la..

saya dah penah kene mcm tu awak.

HeziqaMushadadLee said...

hmm,entahlaa..confuse kalau fikir!

Apih El Nino said...

Aku paling tak suka orang yg berubah lepas couple. Diikutnya arahan pasangan dia tu. Surely loser la.

HeziqaMushadadLee said...

Apih : yep!sangat2 tak suke..

aslann said...

entry meroyan ke ni?

HeziqaMushadadLee said...

lan : entry mintak jawapan..

misz athiqah said...

xpenah rasa macam story 1 tue..tapi penah rasa macam dlm entry ke2 tue..huhu...ada 3 kawan lelaki yg leh kira BFF r...huhu...sedih giler...masa single elok je..contact pe suma..contact cam kekwan r..bila dah couple..pergh!!!..jarang sekali btanya khabar...bila dah single baru dtg smula..cis!!!!..nsb r jenis malas nak bkira...huhu....blum bab mjauhkan diri sbb GF xsuka dia kawan ngan kita....

salam..jenguk jengah anda di sni..=0

Farierahasanz said...

aku paling taa suke orang yg ikut telunjuk kapel die . law ke arah kebaik kan tape laa jugak kan .. nie sampai da memecah belah kan silaturrahim antara kawan2 mmg aku taley terima laa. .

yad'z said...

jangan mudah letak kepercayaan pada orang .. thats all..

HeziqaMushadadLee said...

misz athiqah : hmm,tu laa..tapi

fariera : tau takpe..rase bengang jeh,haish

fatah : tu dah habis susah lah tu aku nak percaya orang =(

Mekz's! said...

adik, tu bukan bff tp cume kawan je..maybe adik igt itu bestie adik tp die xrasa macam adik rasa. so adik kena pandai pilih kawan. xsemua org ada bestie...dorg igt dorg ada tp sebenarnye xde. and akak sokong kate Ezza Haniza ada hidden agenda. Jadi skrg adik dh ade pengalaman..harap adik dapat differentiate antara kawan dgn bestie. semoga berjaya! ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...