CINTA 11
‘Aku rasa muka dia mesti merah bila tengok Adzril yang ajak.Nasib kaulah sebab suka dekat sepupu aku yang sengal tu.’Gelak Ezi Natasya bila dalam kepalanya ligat merencana plan.
Merah padam muka Alisa bila tahu yang Adzril ajak keluar.Ezi Natasya mula menjayakan rancangannya tu sudah menarik lengan Adzril saat pemuda itu ingin bersapa dengan Alisa.
“Jom sayang.”ajak Ezi Natasya.Perkataan sayang yang keluar dari mulut Ezi Natasya mematikan mood Alisa.’Sampai hati kau Sya,’rintih hati kecilnya.Adzril yang pelik terus memandang Ezi Natasya,bila Adzril nampak mata Ezi Natasya dikenyitkan tanda ada rancangan Adzril terus senyum.
‘Ada-ada je Tasya ni.Pakwepun pakwe lah’suara hati Adzril
Suasana dalam kereta Satria Neo LE riuh dengan gelak ketawa dua pasangan baru ini.Alisa tidak mampu tersenyum saat tangan Adzril dalam gengaman Ezi Natasya.Kalau diikutkan hatinya yang sakit itu,mahu saja dia pulang membawa duka dalam hati.Namun demi kawan,dia tabahkan jugak diri untuk terus tersenyum walaupun perit.
‘Yes!Berjaya jugak.Sabar eh Lis,aku nak test je.’Ezi Natasya bermonolog dalam hati.Rimas betul bila Adzril asyik pegang tangan dia.Ditarik-tarik tangannya agar gengaman itu dileraikan.Bahasa mata Adzril yang menyuruh tangan Ezi Natasya kekal dalam gengamannya membuatkan Ezi Natasya makin panas.Senyuman evil Adzril direnung geram.
“Sayang!Asal muram je ni?Takkan merajuk kot?Hubby lambat 5 minit je kan?”Usik Adzril.Memang sengaja suaranya dikuatkan agar Alisa dengar.Tersentak Ezi Natasya bila dengar Adzril bahasakan diri dia ‘Hubby’
Alisa terus-menerus memandang keluar tingkap.Hatinya sakit bagai disalai-salai.’Argh!’jerit hatinya.
Sampai saja di Skudai Mall,mereka pantas menuju ke food court pasal dah kebulur sangat tapi tu apa yang Adzril dengan Ezi Natasya rasa,tidak bagi Alisa yang rasa lapar tadi terus kenyang dengan drawa swasta yang dia baru tengok.
Adzril yang mula mengesan perubahan Alisa terus diburu rasa bersalah.Ezi Natasya disebelah direnungnya agar menjelaskan keadaan sebenar.Ezi Natasya yang dah agak apa yang Adzril nak terus bermonolog ‘Eleh!Takutlah tu buah hati merajuk.’
“Lis,kau kenapa muram?Buah hati kaukan ada depan mata ni”Ezi Natasya bersura separuh berbisik
Kepala Alisa digeleng laju.Nafasnya dilepas rakus. “Tak!Aku bukan buah hati dia.Aku tak pernahpun sayang dia.”jeritan Alisa membuatkan meja mereka menjadi tumpuan dan Adzril terkedu.Ezi Natasya apatah lagi.
Alisa yang sudah meninggalkan mereka dikejar Adzril.Tangan itu ditarik dan badan Alisa terdorong dalam pelukannya.Air mata Alisa jatuh berderai macam paip air.
“Awak!Dengar dulu apa yang saya nak cakap.”arah Adzril.
“Awak dah ada Tasya.Saya mintak tolong jaga dia.”luah Alisa dalam keterpaksaan sambil melepaskan tubuhnya dari pelukan Adzril
Kepala Adzril menggeleng laju.
“Tak!Antara saya dengan Tasya tak ada apa-apa.Kami cuma sepupu,Alisa.”Alisa yang sedari tadi menunduk muka,memandang terus Adzril yang sentiasa disayangi.Mata Adzril kelihatan berkaca.Ezi Natasya disebelah cuma mengangguk.
“Lis,aku cuma nak tengok betul ke tidak kau sayang dekat abang sepupu aku yang sengal ni.”Penjelasan Ezi Natasya melegakan hatinya.Orang ramai yang menyaksikan drama swasta tadi kembali meneruskan aktiviti mereka bila ketiga-tiga watak utama sudah kembali ke tempat mereka.
“Sepupu?Tapi tadi kau kata pakwe kau?Celah mana sepupu tu?”Tanya Alisa dengan muka blur.
‘Blur betullah kawan aku sorang ni”bisik Ezi Natasya kepada Adzril.
“Ish,budak ni.Aku saje nak kenakan kau.Nak main-mainkan kau lah.Adzril bukan pakwe aku,dia cuma sepupu aku je.”jawab Ezi Natasya sambil mengelengkan kepalanya.
“Sampai hati kau kenakan aku Sya.Taknak kawan,”Ezi Natasya yang mendengar kata-kata terakhir Alisa terus tergamam.Alisa tersenyum.
“Sesaat je.”Alisa tersenyum bila Ezi Natasya memandangnya dengan wajah pelik.Anggukan Alisa membuatkan Ezi Natasya yang sedari tadi membisu kembali bersuara “Oh!Kau kenakan aku ye.Aku amek Adzril nanti.”Gelak mereka bertiga meletus.
“Tak payahlah Tasya.Aku ada calon terbaik untuk kau.Handsome tau macam Choi Siwon kau.”Adzril mencelah.Budak dua orang ni kalau gelak tak ingat dunia.
“Nak.Nak!”balas Ezi Natasya sambil bertepuk tangan.Dah macam rupa budak 3 tahun dapat gula-gula kopiko je.
No comments:
Post a Comment