March 14, 2011

Novel : Cinta ke-100

CINTA 10
“Lis!”Sapa Ezi Natasya sambil menjengah bilik Alisa.
‘Oh!Tengah mandi ke?Banyak gila gambar Adzril.Kalau aku bagitau Adzril confirm mamat tu malu gila.hehe’bisik hati Ezi Natasya saat terpandang gambar adzril yang ditampal di suatu sudut khas
Kaulah bidadari dalam hidupku
Yang selalu hadir di dalam mimpiku
Bunga yang selalu harungi hariku
Anugerah Tuhan yang sempurnakanku

Bila kau jauh
Aku selalu rindu
Bila kau ada
Hatikan berbunga
Deringan lagu Yang Sempurnakanku dari Sixth Sense itu membantutkan sesi menjelajah ke bilik Alisa,pantas Ezi Natasya menjawab bila nama Azdril tertera.
“Sya!Lepak jom.Boring kot dekat rumah sorang-sorang.”Jerit Adzril.
‘Budak ni kalau cakap takde break,main nak jalan je.Dah lah jerit dekat telinga aku.Pekak aku kejap lagi.Nak kena ni’bisik hati Ezi Natasya.Geram.
“Weh!Kau cakap takde break ke?Dah le salam tak bagi,lepas tu nak menambah taik telinga aku ke jerit kuat-kuat?”marah Ezi Natasya.Adzril yang dari tadi menunggu tergelak sakan.
“Tak habis lagi ke gelakkan aku?”Perlian Ezi Natasya yang singgah ditelinga Adzril terus mematikan gelaknya.Lalu bersuara
“Nak tak?”
“Aku ajak kawan boleh?Dekat mana?”jawab Ezi Natasya yang kemarahannya sudah kembali pada paras normal.
“Boleh je.Dekat Mall nak?Aku amek.Kau tunggu tau.”
‘Lagi sekali dia buat.Cakap tak pakai break lah dia ni.Aku nak cakap pun dah tak boleh.Hey! 'Marah Ezi Natasya dalam hati.Tak berani nak marah sepupu dia karang aku jugak yang kena tarik telinga dengan babah pasal marah sepupu sengal dia ni.Terpaksalah ikutkan aje.
Sebaik saja Ezi Natasya memalingkan muka,Alisa sudah tercegat dekat pintu.Selepas menyuarakan rancangannya tadi,Alisa bersetuju untuk ikut.Walaupun dia kata segan.
‘Aku rasa muka dia mesti merah bila tengok Adzril yang ajak.Nasib kaulah sebab suka dekat sepupu aku yang sengal tu.’Gelak Ezi Natasya bila dalam kepalanya ligat merencana plan.
Merah padam muka Alisa bila tahu yang Adzril ajak keluar.Ezi Natasya mula menjayakan rancangannya tu sudah menarik lengan Adzril saat pemuda itu ingin bersapa dengan Alisa.
“Jom sayang.”ajak Ezi Natasya.Perkataan sayang yang keluar dari mulut Ezi Natasya mematikan mood Alisa.’Sampai hati kau Sya,’rintih hati kecilnya.Adzril yang pelik terus memandang Ezi Natasya,bila Adzril nampak mata Ezi Natasya dikenyitkan tanda ada rancangan dan Adzril terus tersenyum.
‘Ada-ada je Tasya ni.Pakwepun pakwe lah’suara hati Adzril
Suasana dalam kereta Satria Neo LE riuh dengan gelak ketawa dua pasangan baru ini.Alisa tidak mampu tersenyum saat tangan Adzril dalam gengaman Ezi Natasya.Kalau diikutkan hatinya yang sakit itu,mahu saja dia pulang membawa duka dalam hati.Namun demi kawan,dia tabahkan jugak diri untuk terus tersenyum walaupun perit.
‘Yes!Berjaya jugak.Sabar eh Lis,aku nak test je.’Ezi Natasya bermonolog dalam hati.Rimas betul bila Adzril asyik pegang tangan dia.Ditarik-tarik tangannya agar gengaman itu dileraikan.Bahasa mata Adzril yang menyuruh tangan Ezi Natasya kekal dalam gengamannya membuatkan Ezi Natasya makin panas.Senyuman evil Adzril direnung geram.
“Sayang!Asal muram je ni?Takkan merajuk kot?Hubby lambat 5 minit je kan?”Usik Adzril.Memang sengaja suaranya dikuatkan agar Alisa dengar.Tersentak Ezi Natasya bila dengar Adzril bahasakan diri dia ‘Hubby’
Alisa terus-menerus memandang keluar tingkap.Hatinya sakit bagai disalai-salai.’Argh!’jerit hatinya.

story line for my life

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...