CINTA 12
“Ril,awat tiket ada 4?Sape lagi sorang?”tanya Ezi Natasya bingung bila tengok tiket wayang yang ada dekat tangan Azdril ada 4,sedangkan mereka cuma bertiga.
‘Sapa lagi sorang tu ek?’bicara Ezi Natasya dalam hati.
“Sorry,Ril.Aku lambat.Movie dah start ke?”Suara dibelakangnya menegur Adzril ramah.’Macam pernah dengar je suara dia ni.Tapi dekat mana eh?’Ezi Natasya membisu cuma hati yang berkata-kata.
“Hah!Fiz,sampai pun.Kenalkan ni Alisa.Aku punya.”ayat terakhir Adzril yang seolah-olah memberi amaran itu mengundang tawa dihati Syafiq Hafizi.Tersenyum Syafiq Hafizi.
“Tapi kalau yang ni takpe.Single and available.”sambung Adzril seraya memandang tepat ke
arah Ezi Natasya yang kaku berdiri.’Apa kena Tasya ni?Dah macam patung aku tengok.’Alisa yang sedari tadi diam mula bersuara.Dalam hati je.Karang tak pasal kena belasah.
Ezi Natasya yang berdebar-debar terus memusingkan badannya menghadap Syafiq Hafizi.
“Kau!”Tepik Ezi Natasya.Syafiq Hafizi bersuara dalam hati ‘Dia ni ke?Memang ada jodoh.’
Alisa dan Adzril berpandangan.Pelik.
‘Since when Tasya kenal Hafiz ni?’Adzril pelik.Bertambah pelik bila muka comel Ezi Natasya berubah kemerahan.Dah macam bom nak meletup,yang Syafiq Hafizi pulak tersengih-sengih macam kerang busuk.Pelik.Pelik
Ezi Natasya yang ingin berambus dari situ ditahan oleh Alisa.
“Sya,kenapa ni?Kau kenal dia?”tanya Alisa bertalu-talu.
“Aku nak balik.Takde mood nak tengok movie.”Ezi Natasya bersuara selepas lebih setengah jam mendiamkan diri.Nasib baik wayang start lambat.
“Sya,kau nak balik macammana?Kereta tak bawak,kan.Kita balik sekalilah.”pujuk Adzril.Namun Ezi Natasya yang keras kepala tu mana nak makan saman.Dia buat muka derk adalah.
Adzril kebuntuan.Alisa?Lagi le.Hilang habis ayat power dia nak pujuk member sorang ni.Memang keras kepala betul.Syafiq Hafizi?Asyik tersengih dari tadi.Nampak macam ada plan jahat tengah dirancang.Ezi Natasya yang masih diam membeku terus diangkat oleh Syafiq Hafizi.Punyalah terkejut Ezi Natasya.Badan dia yang XXL,mamat keding ni boleh angkat?Adzril dan Alisa dah terkejut beruk.Tercengang kejap.
Muka Ezi Natasya sudah mula merah.’Malu beb,si keding tu angkat aku.Habis semua orang ushar aku.Aduh!’jerit Ezi Natasya.Dalam hati je.Badan si keding Syafiq Hafizi terus dipukul bertalu-talu.Syafiq Hafizi still tersenyum nakal.Bukan nakal lah!Senyuman setan tu.Huh!
“Kau pukul aku lagi,aku cium kau.”
‘Pergh!Berani dia nak cium aku’.Bila tangan aku mula diangkat untuk sesi membelasah,si keding tu terus rapatkan muka dia dekat muka Ezi Natasya.Berdebar-debar jantung ni.“GILAAAA!!!!!!!”jerit Ezi Natasya.Syafiq Hafizi bantai gelak.Dua ekor dekat belakang tu pun dah join the club bila Syafiq Hafizi gelak.Siap korang.Orang lain yang tengok pon join sekali.Hantu betul.
Sampai je dalam panggung Alisa terus duduk disebelah Adzril maka Ezi Natasya terpaksa duduk sebelah si keding tu.Terpaksa ye!Nak tak nak,kena duduk jugak sebab orang belakang dah bising.Syafiq Hafizi masih tersenyum.
Cerita hantu yang seram gila dekat depan tu masih tak mampu nak seramkan Ezi Natasya yang still seram dengan kejadian drastik si keding tadi.Dipandangnya si keding yang tengah syok tengok movie,baru je angkat muka nak tengok depan,hantu yang takde kepala terus keluar.Terjerit Ezi Natasya sambil terpeluk lengan Syafiq Hafizi.Terpeluk okay.Syafiq Hafizi yang terkejut terus senyum.Manis.
Ezi Natasya yang tersedar dia dah terpeluk si keding tu,terus tangannya ditarik.Minta lepas.Tapi takkan Syafiq Hafizi nak lepas.Digengamnya pulak tangan Ezi Natasya yang berisi tu.Merah padam muka minah tu.Jantung dia berdegup kalahkan bom.
“Weh!Lepaslah.”Ezi Natasya berbisik dengan Syafiq Hafizi.Syafiq Hafizi yang tersentak terus pandang Ezi Natasya.
Mata mereka bertemu lagi untuk kali kedua.Tapi tak ada dah cas negatif dari Syafiq Hafizi,cas positif je banyak.Ezi Natasya terus rentap tangan dia tapi tulah cas negatif minah sorang ni,belum boleh dikurangkan.Syafiq Hafizi senyap.Dipandangnya Ezi Natasya yang kesejukan dalam panggung tu,dengan murah hati Syafiq Hafizi buka jacket yang tersarung ditubuh dan bagi dekat minah senget sebelah dia.Terkedu Ezi Natasya.
“Tak payah.Aku okay.”suara Ezi Natasya yang berbisik itu kedengaran kuat ditelinga Syafiq Hafizi.Tangan yang menghulur bantuan tadi terus ditarik.Mata yang asyik merenung Ezi Natasya tadi serta-merta dihala ke depan.Terasa kot.
No comments:
Post a Comment