July 6, 2011

Percaya

Assalamualaikum,

Tengok,tajuk aku makin hari makin pendek..HAHA
Bukan apa,aku rasa lagi senang nak buat entry kalau hurai guna tajuk..
"one word give u a lot of meaning"

Percaya..
Apa ada dengan percaya..
Dalam kehidupan manusia,
secara logiknya,kita akan percaya pada seseorang yang kita rasa selamat dengan dia..
contoh terdekat,mak bapak.

Bagitau aku sape yang tak percaya dengan mak bapak sendiri?
Ade?
Ade,mesti ade punye,tapi yang pasti mesti ade cerita kenapa "dia" tak percaya pada mak bapak dia..

Kepercayaan manusia tak sama pada setiap orang,
ada yang bagi kepercayaan dia 100% even baru kenal dengan orang tu,
ada yang susah sangat nak percaya dekat seseorang tu..

ade keburukan bila bercakap pasal kepercayaan
contohnya,percaya pada kawan?
Tak mustahil,kawan tu akan tikam kita dari belakang..
Percaya pada pasangan?
Tak mustahil pasangan kita akan berlaku curang..
Percaya pada adik beradik?
Tak mustahil adik beradik sendiri boleh tipu kita..

Aku taklah pulak nak condem orang suka-suka hati,
cuma apa yang aku sebut tu random,tapi hakikatnya memang jadi dekat setiap manusia..
Percaya tu perlu,
tapi biarlah berpada-pada..

Jangan sampai percaya 150% dekat seseorang tu,sebab apa?
sebab dia manusia..
ye,DIA MANUSIA!
manusia akan sentiasa leka..
manusia akan sentiasa ada nafsu..
manusia akan sentiasa lupa..
manusia juga boleh termakan kata-kata syaitan..

percaya pada manusia mungkin akan binasakan kita balik,
sebab tu kalau nak percaya dekat seseorang tu,
biar kita kenal luar dan dalam peribadi dia.

Sebab tu bapak aku selalu pesan dekat family aku,
kalau nak percaya dekat orang,
bagi kepercayaan dekat dia cuma 80%..
lagi 20% simpan rasa curiga dalam diri kita..

Macam bapak aku pesan dekat aku,
"adik,jangan senang-senang nak percaya dekat orang termasuk papa"
nampak?
TERMASUK..

"kenapa pa?"

"sebab papa manusia biasa,tak lari dari buat silap,tak lari dari nafsu..tak lari dari hasutan syaitan"

mula-mula aku tak paham..tapi aku dah mula paham bila tengok dekat berita,

"BAPA ROGOL ANAK SENDIRI"
"DATUK ROGOL CUCU"
"ABANG JUAL ADIK"

tersentak aku bila kecoh berita ni dekat Malaysia dulu,
fahamlah aku,kenapa bapak aku kata jangan percaya sape-sape 100%

NotaPena : Percaya itu perlu,tapi biarkan diri kita ada rasa curiga..sebab manusia bukan TUHAN..manusia tak sempurna..

Percaya yang takkan makan diri kita ialah Percaya Pada Tuhan.

story line for my life

2 comments:

Fee Hafeezah ketuk keyboard said...

betul3..agreed! percaya percaya lah jugak tp mesti ade rasa curiga.. :D

HeziqaMushadadLee said...

Fee Hafeezah : thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...