CINTA 9
Malam itu,ketika sedang duduk menikmati buah-buahan segar sambil menonton drama Asmara 2,Alisa memulakan bicara.
“Sya,kau marah aku ke?Dari siang tadi kau asyik senyap je.”Ada getaran dalam nada suaranya.
Ezi Natasya memandang Alisa sekilas dan keluhan dilepaskan sebelum bait-bait kata diatur.
“Lis,aku tak marah kau pun sebenarnya.Lepas gaduh dengan mamat sewel tu aku terus badmood.Sorry sangat sebab buat kau fikir macam-macam.Sorry ek.”jelas Ezi Natasya.Dia sedar tak patut tindakannya melepaskan amarah pada orang yang tidak bersalah.
Alisa cuma tersenyum.Dia faham benar dengan perangai Ezi Natasya.Yelah,dari darjah satu berkawan.
“Sya,kau cakap tadi kau gaduh?Lepas tu ada mamat sewel?Ish!Aku blur lah.”Alisa bersuara selepas 5minit melayan drama Asmara 2.
“Aah!Aku gaduh.Mamat sewel tu memang tak guna.Harap muka je handsome macam Siwon.”Marah Ezi Natasya.
“Oh!Tapi kau gaduh dengan sape?”soal Alisa lagi
‘Aduh!Apa ke blur sangat kawan aku ni.Hai,nasib badan.’Satu keluhan dilepaskan dan Ezi Natasya kembali bersuara “Aku gaduh dengan mamat sewel tu lah!”Jawab Ezi Natasya acuh tak acuh.
“Sape pulak mamat sewel tu?Apasal kau panggil dia mamat sewel?Tak baik tau panggil dia macam tu,kesian mak bapak dia,penat-penat pilih nama”soalan Alisa ini menimbulkan kepanasan yang hakiki dalam hati Ezi Natasya. ‘Ya Allah Ya Tuhanku.Bantulah hambamu ini’.Doa Ezi Natasya dalam hati.
“Kalau aku tahu nama dia apa,takdelah pulak aku panggil dia tu mamat sewel Cik Alisa Azman.”balas Ezi Natasya dengan nada geram.Alisa hanya tersenyum bila tahu kawannya itu sudah naik hantu.Pantas bahu Ezi Natasya diraih bagi menyejukkan hatinya.Lalu Alisa bersuara “Blur jugak ye,aku ni.”
“Aah!Teramat blur.Sampai rasa macam nak cekik-cekik je kau!”
Tangan yang meraih bahu Ezi Natasya kini sudah berada dileher Alisa erat sambil kepala digeleng laju.Gelak tawa mereka menyusul kemudian.
“Woi!Tak reti tidur ke?Gelak macam hantu!”jeritan jiran depan rumah mereka mematikan gelak tawa mereka.
“Opss”pantas kedua-duanya menutup mulut.Tulah,gelak sampai tak ingat dunia.
No comments:
Post a Comment