March 9, 2011

Novel : Cinta ke-100

CINTA 4
“Tasya,tasya.Bangun.Dah subuh ni”Kejut Alisa sambil menarik selimut Ezi Natasya ke paras peha
“Kejap lah Lis,Aku ngantuklah.”Balas Ezi Natasya yang masih menutup mata.Selimut ditarik ke paras dada kembali.Selamba gila.Dia tak fikir yang kejap lagi ada singa bakal mengamuk.
“Ezi Natasya Ezhan!Bangun.Dah pukul 5:30 dah ni.”Tegur Alisa.Geram.‘Eii,memang cari nahas betul budak ni’ngomel Alisa dalam hati.
“Kejap Lis,lagi 5 minit.5 minit je.”Balas Ezi Natasya yang sememangnya liat nak bangun pagi.
“Ezi Natasya Binti Ezhan!Bangun!Aku kira sampai 3,kau tak bangun jugak aku simbah dengan air.”Marah Alisa.Tegas.
“Satu.”
“Dua.”
“Ti..Belum sempat menghabiskan ayat,Ezi Natasya yang dari tadi liat nak bangun terus duduk dikatil.
“Okay,okay.Aku pegi mandi dan amik wudhu.”Sambung Ezi Natasya.Dengan Alisa ni kalau bab solat,jangan le carik nahas.Jangankan simbah dengan air,dengan aku-aku dia boleh heret masuk bilik air.
Usai solat Subuh berjemaah,Ezi Natasya mula menghidangkan sarapan pagi untuk mereka sementara menunggu Alisa mandi.Ye,Alisa memang sensitif dengan air sejuk pagi-pagi ni.Boleh demam seminggu budak Alisa ni kalau mandi air yang sejuk pagi-pagi.Tersenyum sendiri Ezi Natasya saat terkenangkan peristiwa dirumahnya 8 tahun yang lalu.
“Lis,jomlah mandi air perigi.Dah lama aku tak mandi air perigi.Best tau.Sejuk je.”ajak Ezi Natasya ketika mereka sama-sama menghabiskan cuti sekolah di kampung Ezi Natasya,Alisa yang sememangnya tiada kampung itu terlebih excited bila dapat tinggal di kampung.
 “Takpelah Sya,kau jelah yang mandi.”ujar Alisa lembut.
“Ala,tak syoklah camni.Mai kampung,tapi tak mandi perigi tak complete tau.”pujuk Ezi Natasya lagi.Entah kali yang ke berape entah.
“Kau sayang aku,kan?”tanya Ezi Natasya.Hanya dengan ayat itu dia bergantung harap.Alisa yang sememangnya lemah bila dengar ayat terakhir itu hanya menganggukkan kepala tanda setuju.Ezi Natasya tersenyum riang.
Selepas satu jam,
“Asal kau tak kasi tau aku yang kau allergic dengan air sejuk?”Marah Ezi Natasya kepada Alisa yang sedang tersenyum dengan tubuhnya dibaluti comforter.Hampir seminggu baru demamnya kebah.Alisa..Alisa..
“Hei,pagi-pagi buta dah berangan?Kau teringat dekat Prof Botak kesayangan kau eh?”Teguran Alisa mematikan kenangan silam dari kotak fikiran Ezi Natasya.Sebaris senyuman dan jelingan  dihadiahkan kepada teman baiknya itu apabila nama Prof Botak disebut,sambil menghirup milo panas kegemarannya.
“Kuliah siapa pagi ni?”Soal Alisa mengejutkan kembali Ezi Natasya
“Kuliah PZ.”Ringkas dari Ezi Natasya
“Kau?”sambung Ezi Natasya
“Prof Maiden a.k.a Prof Botak kesayangan kau.”Usik Alisa,sambil tersenyum
“Eh,dia tu syok kat kaulah Lis,pasal tu asyik nak jumpa kau je,salah assignment tu alasan je”Ezi Natasya tersenyum panjang bila usikannya mengena tatkala melihat mata Alisa dijengilkan.
‘Tulah,nak kenakan orang yang dari dalam perut terror mengenakan orang.Silap oranglah Lis.’detik hati Ezi Natasya dengan tersenyum sumbing.
“Lecehlah dia tu,assignment minggu lepas dia suruhnya kami buat balik.Geram betul.”Luah Alisa.Ezi Natasya hanya mendengar dan mula mengangkat pinggan untuk dicuci.
Memang kebanyakkan pelajar UTM tidak mengemari Prof Maiden kerana sikapnya yang..
Ops!Tak baik dengar orang mengumpat.hehe


story line for my life

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...