March 9, 2011

Novel : Cinta ke-100

CINTA 7

Kuliah Prof.Zain sudah setengah jam berlalu dan pastinya tugasan baru akan menyusul,senyuman PZ pagi tadi memang panjang meleret bila tengok kuliah dia penuh.Seketika itu Ezi Natasya menaip sesuatu di mesej boxnya.
Babe!Aku baru keluar dari kuliah PZ and I just got back from library.
Aku tunggu dekat kafe macam biasa.Jangan lambat eh.:)
Mesej itu di send ke handphone number Alisa.Sedang asyik membawa buku dari library untuk assignment dari lecturer tersayang,Prof Zain.Tiba-tiba…
Kedebush!
Habis jatuh bersepah buku-buku yang dipinjam Ezi Natasya tadi.Sedang dalam kekalutan itu,erangan kesakitan dari lelaki dihadapannya mula mencuri perhatian.
“Adoi!Sakitnya.Mata tu letak dekat mana?Lutut?Dah lah buku semua tebal nak mampus!Dasar perempuan takde mata!”herdik Syafiq Hafizi.
Ezi Natasya yang terkesima dengan wajah ala-ala Choi Siwon penyanyi kumpulan Super Junior dari Korea mula bersuara.
“Saya mintak maaf sangat.Saya tak sengaja.”
“Sedap je kau mintak maaf!Kepala aku yang benjol ni boleh baik ke bila kau mintak maaf?”sekali lagi Ezi Natasya diherdik oleh lelaki dihadapannya.
“Ewah-ewah!Dah melebihlah pulak budak ni.Aku dah mintak maaf,boleh pulak dia sound aku.”Marah Ezi Natasya.
Kata-kata Ezi Natasya itu amat terkesan dihati Syafiq Hafizi.Muka yang kacak lagi putih bersih itu mula merah menahan amarah.Saat mata mereka bertamu,cas-cas negatif mula mengawal jiwa.Pelajar-pelajar lain yang tengok kejadian itu pada mulanya ingin menolong Syafiq Hafizi namun renungan maut dari Ezi Natasya membantutkan pergerakkan mereka dan membatalkan niat murni mereka tu.Tak berani nak cari nahas.Namun begitu selepas 30minit bertengkar,akhirnya kedua-dua mereka dileraikan oleh ketua pelajar dan sudah pasti pertengkaran itu takkan terhenti disitu.

p/s:sorry sebab ade entry yang pendek,hehe


story line for my life

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...