March 9, 2011

Novel : Cinta ke-100

CINTA 6

Kuliah Prof.Zain sudah mula penuh.Bukan sebab budak-budak ni terlebih rajin,tapi sebab Prof.Zain yang tersangatlah rajin dan prihatin sampaikan sanggup heret pelajarnya,bila ada antara mereka yang tak masuk kelas dia.Perangai psikonya itulah yang menjadi senjata untuk digeruni pelajar-pelajar kelasnya.Memang saja nak cari nahaslah kalau ada pelajarnya yang tak masuk kelas dia,confirm kena heret walau sedang mandi sekalipun.Teringat peristiwa Ravi kena heret waktu tengah syok tidur dekat apartment,dengan tak berbaju masuk kuliah.Memang haru biru jadinya dan kerana tak mahu menanggung malu seperti mangsa-mangsa yang lepas,mereka pasti akan datang walaupun lambat.Itulah perangai Prof.Zain yang memang dikenali oleh Ezi Natasya.Lecture dari zaman Dip. dulu lagi.
“Hai,Tasya!Aku duduk sebelah boleh?”tegur Adzril.Mesra.Syamsul Hakimi hanya tersenyum.Kelat.
“Assalamualaikum.”ringkas jawapan Ezi Natasya yang nampak sangat menyindir.
“Sorry.Waalaikumussalam.May I?”balas Adzril kembali.Kawannya yang satu ni memang terkenal dengan sifat ganasnya.Bayangkanlah Prof.Maiden yang memang terkenal dengan sikap pilih kasihnya boleh tunduk hanya sebab dibidas oleh Ezi Natasya.
“Sure.Macam tak biasa pulak!”Ujar Ezi Natasya lembut.
“Manalah tahu,Farizmi kau mengamuk macam discussion day kita hari tu.Naya je.”Perli Adzril.Sememangnya dia tidak menyenangi sikap Farizmi si buaya tembaga tu.
“Aku dah putus dengan dia.”ringkas jawapan Ezi Natasya.Malas mahu mengingati manusia yang pendek akal itu.Buang current je.
Farizmi dan Syamsul Hakimi yang baru saja ingin memulakan pertanyaan terus diam membisu bila tengok awek sebelah mereka ni dah hilang mood.


story line for my life

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...