March 5, 2011

Novel : Cinta ke-100

CINTA 3


“Dah?Jom.”Disapanya Ezi Natasya yang sedang menyarung cardigan hijau muda miliknya.
Langkah kaki yang beriringan itu terus menuju ke kedai mamak di depan apartment mereka itu memang sentiasa jadi tumpuan pelajar-pelajar Universiti Teknologi Malaysia.Kerusi dihadapan ditarik bersahaja.
Selesai pesanan diambil,Ezi Natasya pantas memulakan bicara.
“Lisa,kau dengan Adzril macam mana?Still kaku tanpa tindakan?”Soalan Ezi Natasya benar-benar menyesak dada Alisa ketika itu.
Lama mereka berdiam diri sehingga pesanan yang dipesan terhidang diatas meja.
Belum sempat mi goreng mamak disua ke mulut Ezi Natasya,Alisa terlebih dulu membuka bicara,
“Entahlah Sya,aku pun blur.Bertegur tak pernah,berkawan?Memang harapanlah.Entah angin apa entah aku boleh tiba-tiba ter-syok dekat dia.”suara Alisa yang sememangnya lembut itu seakan-akan berbisik kepadanya.
Pinggan mi goreng mamak Ezi Natasya ditolak ketepi sedikit.Dihirup perlahan jus epal kegemarannya.
Ditenung seketika wajah Alisa,kemudian dia bersuara.
“Eleh,dah memang jatuh hati dekat dia tak nak ngaku pulak.Kalau aku,dah lama aku propose Adzril tu jadi pakwe aku.”Usik Ezi Natasya.Dia memang tahu Alisa pantang kalau aku syok dekat buah hatinya.Muka ayu Alisa mula berubah kemerahan menahan malu dan amarah.
‘Tasya ni nak kena tau.Boleh pulak dia sound nama Adzril kuat-kuat.Dah lah ramai yang selalu volunteer jadi spy Adzril.Jaga kau!’bisik hati Alisa yang kegeraman.Tangan yang sedari tadi gatal terus mencari mangsa untuk dimakan.
“Auch!Sakitlah Lis.Apa main cubit-cubit ni.Huh!”Adu Ezi Natasya.Geram dengan tangan Alisa yang sememangnya laju kalau bab-bab cubit-menyubit ni.Alisa tersenyum riang kerana kawannya itu reti jugak tutup mulut.hehehe
“Lisa,sampai bila kau nak diamkan diri?Nak tenung muka mix-British Adzril tu dari jauh je ke?Adzril tu kacak macam Shaheizy Sam,mata dah lah memikat Lis,bila-bila masa je boleh jadi milik perempuan yang tergedik-gedik dekat UTM ni.”
Baris ayat terakhir itu disertakan dengan lenggok tubuh Ezi Natasya yang mengikut gaya gadis yang asyik tergedik-gedik itu mengudang tawa pada kedua-dua teman rapat ini.Perbincangan itu hanya sepi disitu.
Selesai mi goreng mamak dan roti tisu dihabiskan,kedua-dua teman ini mula mengatur langkah ke kaunter untuk membayar pesanan mereka.Sampai saja di apartment,Ezi Natasya dan Alisa pantas menlelapkan mata sebaik saja mengenangkan kuliah esok pagi dari dua lecturer yang otaknya selalu tercabut fius.hahaha


story line for my life

2 comments:

Dda Ly said...

syok juge layan nih..kamu yg tulis ke crite nih? :)

meh ke rumah..
~oh student!~
keep in touch ye..♥♥♥

Heziqa Yoo said...

Dda Ly : owh!thanks.sebab follow.,mane jmpe blog Ezi ni?hehe(excitedexcited)

Aah!Ezi tulis sendiri,hehe(jangan segansegan komen ye,)

Hah!Ezi dah follow blog akak,hehe
excited sebab ade follower baru,hehe

stay in touch okay,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...